Berita Hari Ini

Cabul: Bekas Pegawai Khas ADUN Dihukum Penjara, Denda

GEORGETOWN: Bekas pegawai khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencabul seorang wanita, pada 2017.

Majistret Jamaliah Abd Manap membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh, L Prem Anand, 52.

“Selepas mendengar dan meneliti hujahan kedua-dua pihak dan menilai keseluruhan kes, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

“Oleh itu, tertuduh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Mengikut pertuduhan, Prem Anand didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan seorang wanita yang ketika itu berumur 21 tahun di tempat letak kereta sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai di sini, pada jam 11.30 malam, 6 Julai 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua dari mana-mana hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman sebelum rayuan, yang dibuat peguam E Gnasegaran, sehingga rayuan kes difailkan di Mahkamah Tinggi.

Jamaliah kemudiannya menetapkan jaminan RM30,000 dengan dua penjamin warga tempatan, selain pasport diserahkan kepada mahkamah, dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shafiq Mohd Sazali

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");