Membawang Hari Ini

Da’i Farhan Buat Laporan Polis, Tuntutan Saman

JUARA rancangan dakwah Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad mendedahkan sudah membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di media sosial.

Menurut Harian Metro, Farhan menerusi Instagram berkata, laporan yang dibuat semalam itu adalah pengajaran supaya pengguna media sosial menggunakan medium itu dengan berhemah.

“Alhamdulillah, sudah selesai semalam. Dua laporan polis dan dua tuntutan saman dikemukakan buat si dia dan beberapa pemfitnah tegar di media sosial. Nama mereka pun sudah disenaraikan.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dapat mudarat. Semoga menjadi pengajaran buat semua warganet supaya menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menyebarkan fitnah yang mengaibkan seseorang,” tulisnya.

Sebelum ini, Farhan turut membuat kenyataan dakwaan yang dibuat oleh Ches adalah mungkin kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat isterinya reda hidup bermadu.

Selasa lalu, isu rumah tangga Farhan mendapat perhatian apabila seorang individu bernama Ches Al-Maliki, rakan baik kepada isteri pertamanya iaitu Fatin Nurul Ain berkongsi surat terbuka mendedahkan pendakwah itu berkahwin dua dengan seorang janda anak lapan tanpa pengetahuan isteri pertama.

Gara-gara kenyataan Ches di Facebook, segelintir pihak mulai menyerang Instagram Farhan serta melabelnya sebagai ‘penunggang agama’. Malahan, kedua-dua isterinya turut menerima tempias kemarahan orang ramai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");