Perak Hari Ini

Polis Perak Lipatgandakan Usaha Banteras Gejala Penyalahgunaan Dadah Dikalangan Anggota, Pegawai

IPOH: Polis Perak sentiasa mengambil langkah bagi membendung sebarang aktiviti berkaitan penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota dan pegawai.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata sebelum ‘Op Blue Devil’ dilancarkan pihaknya telah melipatgandakan usaha bagi mengekang gejala tidak bermoral itu.

Oleh sebab itu katanya setakat ini perkara sedemikian tidak begitu serius di Perak.

“Semua ketua polis daerah akan membuat general rollcall yang mana, semua balai polis, anggota dan pegawai akan hadir untuk mendengar taklimat pada setiap bulan. Malah ada yang mengadakannya dua kali setiap bulan.

“Ada juga balai polis yang membuat rollcall setiap hari terutamanya di daerah Pengkalan Hulu yang mana rollcall diadakan setiap malam.

“Ia bagi memastikan para anggota yang bertugas tidak terlibat atau tidak menyeberang ke negara jiran tanpa sebarang kebenaran,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

Selain itu, ketika diminta mengulas berkenaan aktiviti basikal lajak, katanya tiada sebarang kes terbaru yang direkodkan di negeri ini.

Katanya pihak polis sentiasa mengadakan pemantauan dan mendekati masyarakat bagi membendung gejala tidak sihat itu daripada terus berlaku.

Semalam di Ibu Negara dilaporkan PDRM telah berjaya merampas 116 basikal lajak dalam 13 operasi berkaitan yang dilaksanakan antara bulan Januari dan September lepas, di samping mengenal pasti 26 lokasi yang sering menjadi tumpuan kegiatan itu di seluruh negara.

Dalam perkembangan sama, Razarudin berkata indeks jenayah di Perak bermula pada Januari sehingga Oktober lalu telah berjaya menunjukkan penurunan daripada 4,280 kepada 4,124 kes, berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

“PDRM Perak melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik masih mempergiatkan lagi risikan dan operasi bagi mengekang seterusnya memerangi penyalahgunaan dadah di negeri ini.

“Berdasarkan statistik perbandingan kes dan kerugian bagi tempoh Januari sehingga Oktober 2019, telah menunjukkan penurunan sebanyak 129 kes berbanding tempoh sama pada tahun 2018.

“Ia sekali gus turut mengurangkan jumlah kerugian iaitu sebanyak 8.7 peratus,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");