Panasnya Hari Ini
Like

‘Tuduhan Tun M Campur Tangan Kes Najib Tak Berasas’

November 12, 2019
208 Views
0 Comments
1 minute read
‘Tuduhan Tun M Campur Tangan Kes Najib Tak Berasas’

KUALA LUMPUR – Dakwaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menyatakan ada campur tangan dalam kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tidak berasas.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Lokman boleh mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan namun Anwar menegaskan proses undang-undang bebas dan telus.

“Saya tidak mahu masuk campur tapi keputusan hakim untuk minta Najib bela diri jadi proses undang-undang masih berterusan.

“Saya tidak fikir kita perlu layan tuduhan sebegitu melainkan mereka memberi fakta dan bukti bagi menyokong kenyataan mereka. Jika tidak, lebih baik kita biarkan proses itu diteruskan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini, lapor Sinar Harian.

Semalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa wujud campur tangan Dr Mahathir membabitkan kes dihadapi Najib.

Menurutnya, beliau daripada awal sudah tahu memang ada campur tangan daripada Dr Mahathir kerana jika tiada campur tangan, sudah pasti kes itu sudah lama digugurkan.

Najib diperintah untuk membela diri terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan sejumlah dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya Mohd Ghazali berkata, Najib mempunyai kepentingan dalam SRC dan kawalan penuh menyebabkan RM42 juta didepositkan ke akaun bagi kepuasan beliau.

Komen & Pendapat

Comments are closed.