Perak Hari Ini

Tiada Kenaikan Tarif Air domestik di Perak

IPOH- Kerajaan negeri menjelaskan tiada kenaikan tarif air pada peringkat domestik bagi rakyat Perak setakat ini.

Sebaliknya , sekiranya ada kajian semula tarif air, ia hanya akan melibatkan perusahaan dan komersial sahaja tetapi pada kadar yang minimum.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, memang ada perbincangan yang dilakukan bersama pihak kementerian di mana kedua-dua pihak berbincang dan menyatakan keperluan untuk menaikkan tarif air.

Katanya, kementerian akan berbincang dengan kerajaan negeri terlebih dahulu di mana melalui SPAN telah ada keperluan menaikkan tarif, tetapi kerajaan negeri Perak telah membuat keputusan dalam mesyuarat Lembaga Air Perak untuk tidak menaikkan tarif air bagi pengguna domestik.

“Memang benar pihak kementerian telah menghubungi semua negeri serta menyatakan keperluan untuk menaikkan tarif air malahan kita juga telah melakukan kajian ini sejak tahun lepas lagi tapi kita sentiasa akan memikirkan tentang kebajikan atau kepentingan orang awam dan rakyat secara keseluruhannya.

“Bagi negeri ini, kita memikirkan bahawa belum tiba masanya untuk menaikkan tarif air bagi pengguna domestik kerana kita melihat tiada kepeluan untuk menaikkannya tetapi ianya perlu untuk perusahaan serta komersial tetapi tarif yang dikenakanakan adalah pada kadar minimum,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Crazy di AEON Big Falim, di sini, hari ini.


Dalam pada itu katanya, pihak Lembaga Air Perak (LAP) telah mencatatkan keuntungan dari setahun ke setahun walaupun selepas 20 tahun tiada sebarang kadar tarif yang mencatatakan kenaikkan.

“Dalam waktu tarif air yang tak naik ini, pihak Lembaga Air Perak (LAP) telah mencatatkan keuntungan dari setahun ke setahun dan ini amat kita banggakan tetapi perlu pelihara prestasi ini.

“Dalam masa yang sama, kerajaan negeri juga mendapati kos ini semakin meningkat dan tidak mampu untuk terus menggunakan rizab yang ada seperti mengurangkan masalah non revenue water, tetapi jikalau kita terus mengguna rizab yang ada, akhirnya ianya akan berkurangan dan menyukarkan operasi LAP di masa hadapan,” katanya.

Tambah beliau, kerajaaan negeri juga dalam usaha untuk mendidik rakyat memahami perkara ini kerana komoditi air merupakan elemen yang amat penting.

“Jika suatu hari nanti keperluan terlalu mendesak, kita perlu menaikkan tarif air kepada pengguna domestik, maka rakyat perlu dididik dari sekarang untuk tidak membazir dan jikalau tarif air naik, pembayaran bil tetap berada pada tahap yang lebih kurang sama,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");