Perak Hari Ini

Suntikan Vaksin Pneumococcal Diberi Kepada Bayi Yang Lahir Bermula 1 Januari

IPOH- Suntikan vaksin pneumococcal yang bakal dilaksanakan tahun ini hanya akan diberikan kepada bayi yang lahir bermula pada 1 Januari 2020.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, perlaksanaan pemberian vaksin tersebut dijangka bermula sekurang-kurangnya pada Jun 2020 di mana mereka yang layak adalah setiap bayi yang lahir mulai 1 Januari 2020.

“Bagi bayi yang lahir sebelum 1 Januari, mereka tidak akan menerima vaksin ini kerana ianya tidak termasuk di dalam bajet 2020.

“Kementerian juga tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk memberikan vaksin ini melainkan kepada bayi 2020 kerana peruntukan yang diberikan sebanyak RM60 juta sahaja bagi dimulakan pada tahun ini,” katanya kepada pemberita mengulas mengenai perlaksanaan suntikan vaksin pneumococcal di Klinik Kesihatan Gunung Rapat, hari ini.

Bagaimanapun katanya mengenai kemas kini vaksin tersebut, pihak kementerian juga masih lagi dalam proses perolehan ubat tersebut sebelum ianya boleh terus diedar ke semua klinik dan hospital.

Terdahulu, kerajaan telah mengumukan peruntukan sebanyak RM60 juta dalam Belanjawan 2020 bagi memulakan suntikan pneumococcal kepada semua kanak-kanak.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kementerian harus melihat jumlah peruntukan yang diberikan dan perlu merumuskan strategi tentang kaedah terbaik untuk memulakan suntikan vaksin itu.

Penyakit pneumococcal berlaku disebabkan oleh bakteria dikenali sebagai streptococcus pneumoniae yang boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan yang serius

Perkara ini juga sering berlaku dalam kalangan golongan muda, warga emas dan mereka yang mengalami keadaan perubatan kronik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");