Perak Hari Ini

Ahmad Suaidi Pangku Jawatan Datuk Bandar Ipoh – MB Perak

IPOH: Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim kini memangku jawatan Datuk Bandar Ipoh yang pernah disandang beliau pada Julai sehingga Disember tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan perkara tersebut selain berkata keputusan itu berkuatkuasa semenjak pada hari pertama Ahmad Suaidi menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Jelas beliau, ianya akan terus berkuatkuasa sehingga ada pelantikan baru bagi mengisi kekosongan kerusi Datuk Bandar Ipoh selain menyebut bahawa keputusan itu termaktub di bawah bidang kuasa pentadbiran kerajaan negeri.

“Ianya kuasa di bawah pihak berkuasa negeri untuk melantik mana-mana individu sebagai pemangku jawatan Datuk Bandar Ipoh.

“Dan ini sebenarnya pernah berlaku sebelum ini yang mana seorang Menteri Besar memangku jawatan Datuk Bandar itu,” katanya.

Difahamkan bekas Menteri Besar Perak yang dimaksudkan beliau ialah Tan Sri Ramli Ngah Talib yang menjawat jawatan Menteri Besar pada tahun 1983 sehingga 1999.

Selain daripada Bandaraya Ipoh, kata Ahmad Faizal isu pengosongan kerusi Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Taiping juga akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Setiausaha kerajaan negeri sedang menguruskan beberapa perubahan yang mana ada dua perubahan.

“Ia bukan disebabkan pertukaran namun disebabkan persaraan oleh YDP Majlis Perbandaran Teluk Intan dan Majlis Perbandaran Taiping.

“Jadi ianya akan ada berlaku pergerakan dalam kalangan YDP nanti. Ia termasuk dengan pengosongan jawatan Pegawai Daerah Manjung,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri sesi wawancara khas di Radio Malaysia Perak FM di RTM Perak, di sini, hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Ahmad Faizal yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berkata program pelancaran jersi dan pengenalan pemain akan diumumkan pada satu tarikh kelak.

Tambah beliau persiapan skuad The Bos Gaurus pada masa kini berada pada tahap 98 peratus, menjelang saingan liga musim tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");