Berita Hari Ini

Hari 70: Peguam Mulakan Hujahan Permohonan Najib Untuk Pakar Tulisan Australia

Hari ke-69 perbicaraan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International terhadap Najib Razak akan bermula jam 11 pagi ini.

Malaysiakini membawakan liputan langsung prosiding di mahkamah.


9.46 pagi: Peguam Harvinderjit Singh memulakan penghujahan berkenaan permohonan Najib Razak agar pakar tulisan tangan Australia dibenarkan memeriksa dan menentukan ketulenanan tandatangan bekas perdana menteri itu di beberapa dokumen utama SRC International.

Ia untuk 35 eksibit dokumen yang digunakan pendakwaan untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib bagi tujuh dakwaan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang sebanyak RM42 juta dari SRC International.

Najib ketika itu menjadi penasihat emeritus syarikat tersebut, serta perdana menteri dan menteri kewangan.


9.44 pagi: Najib masuk ke kandang tertuduh dan perbicaraan bermula.


9.10 pagi: Peguam Negara Tommy Thomas tiba di mahkamah dan bertemu dengan anggota pasukan pendakwaan yang lain.


9.04 pagi: Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan duduk di barisan depan galeri awam.

Turut dilihat di mahkamah ialah anggota pasukan pendakwaan dan juga pembelaan.


Selepas perbicaraan kes pinda laporan audit 1MDB minggu lalu, bekas perdana menteri Najib Razak hari ini akan meneruskan perbicaraan untuk kes penyelewengan dana SRC International melibatkan RM42 juta pula hari ini, yang telah masuk hari ke-70.

Apabila prosiding di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali bermula nanti, pihak pendakwaan akan meneruskan pemeriksaan balas dengan Najib yang juga bekas menteri kewangan.

Ketika prosiding sebelumnya, pada 9 Januari, mahkamah antara lain diberitahu bahawa Najib tidak membenarkan menteri kewangan kedua ketika itu, Ahmad Husni Hanadzlah untuk ke Switzerland bagi membawa pulang beberapa bilion dana SRC kerana beliau tiada rancangan yang wajar bagaimana untuk berbuat demikian.

Dalam perbicaraan itu, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan akan memfailkan permohonan untuk mendapatkan rakaman audio yang dikatakan perbualan Najib dengan beberapa individu berkenaan skandal 1MDB, yang didedahkan SPRM.

Kemudian pada Jumaat lalu, pihak pendakwaan mengesahkan firma guaman Shafee telah membuat permohonan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");