Panasnya Hari Ini

Maszlee Akan Letak Jawatan?

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik akan mengadakan sidang media khas di Kementerian Pendidikan di sini pada petang ini.

Menurut BH Online, walaupun belum dapat dipastikan butiran sebenar sidang media itu dipanggil, timbul desas-desus mendakwa Maszlee akan mengumumkan peletakan jawatannya.

Ini berikutan dakwaan mengatakan satu pertemuan antara Maszlee dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berlangsung di Pejabat Perdana Menteri sebelum sidang media berkenaan.

Memetik laporan sebuah portal berbahasa Inggeris, seorang sumber memberitahu, Maszlee berundur daripada Kabinet kerana ‘dilihat menimbulkan banyak krisis’ kepada pentadbiran Dr Mahathir.

“Peletakan jawatan ini akan memaksa rombakan Kabinet dilakukan,” kata sumber itu.

Sementara itu, menurut Astro Awani, Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam dijangka akan mengadakan sidang media di Kementerian beliau pada pukul 4.30 petang ini.

“Saya sedang menunggu sidang media yang akan diadakan oleh Maszlee petang ini,” kata seorang pegawai Setiausaha Akhbar sebuah kementerian kepada Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");