Berita Hari Ini

Peletakan Jawatan Maszlee Tidak Berkait Pusat Keamanan Saudi, Kata Dr M

PUTRAJAYA: Perdana menteri hari ini menafikan cubaan membuka semula Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman antara sebab sebalik peletakan jawatan Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan.

“Tidak. Ada banyak sebab. Saya tak kata semua yang dia lakukan salah,” kata Dr Mahathir Mohamad kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa anti-rasuah.

Terdahulu, menurut sumber, cubaan membuka semula pusat “anti-terrorisme” yang disokong Arab Saudi dan ditutup oleh kerajaan Pakatan Harapan itu punca kata dua Mahathir kepada Maszlee.

Sumber yang enggan dinamakan itu berkata perdana menteri marah apabila dengar Maszlee di belakang rancangan membuka semula KSCIP, di samping aduan demi aduan terhadap bekas menteri pendidikan itu dalam mengendalikan portfolionya.

Maszlee manfikan dakwaan itu lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");