Perak Hari Ini

Pemilihan BERSATU: Perak Serah Mandat Kepada Ahli

IPOH- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perak bakal mengadakan penamaan calon BERSATU bagi semua jawatan di peringkat Cawangan yang mana mesyuarat persidangan bakal berlangsung pada 15 Februari sehingga 29 Mac ini.

Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, penamaan calon tersebut dilakukan pada 26 Januari bermula pada 9 pagi hingga 2 petang di kesemua 24 bahagian yang terlibat.

Katanya, tujuan pemilihan ini dilakukan adalah untuk menghidupkan semula serta memperkuatkan parti berkenaan yang telah ditubuhkan di negeri ini sejak tiga tahun lalu yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Perkara yang BERSATU ingin lakukan melalui mesyuarat ini adalah untuk menyerahkan semula kepada ahli-ahli untuk membuat pemilihan secara telus di mana segala keputusan dibuat oleh ahli sendiri termasuk pemilihan bahagian.

“Pada saya, perkara yang berlaku tiga tahun ini adalah satu proses yang mana sebagai contoh kawasan Pasir Salak yang mana lantikan terdahulu adalah berdasarkan kepada keperluan dan bukannya berdasarkan kepada kehendak ahli.

“Hal ini kerana mungkin ada pihak yang tidak setuju terhadap lantikan sebelum ini tetapi pada kali ini, kita memberi peluang kepada ahli untuk memilih kepimpinan yang mereka rasakan layak untuk memimpin bahagian tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa sidang media bagi penamaan calon BERSATU seluruh Perak di Pejabat PPBM, Meru di sini, hari ini.

Menurut Zainol Fadzi, parti tersebut telah mempunyai 28,548 orang keahlian dengan adanya sebanyak 277 Cawangan dari 24 Bahagian di seluruh negeri Perak merangkumi 33 jawatan di setiap bahagian yang akan dipertandingkan.

“Penamaan calon ini sepatutnya dilakukan pada 13 Januari tetapi telah ditangguhkan oleh majlis pimpinan tertinggi kepada tarikh baru iaitu pada 26 Januari sekaligus kesemua tarikh mesyuarat persidangan turut dianjakkan yang sepatutnya bermula pada 25 Januari.

“Jadi saya akan memberi fokus kepada mesyuarat di peringkat Cawangan dan kita juga telah menerima tarikh-tarikh bagi setiap Cawangan membuat persidangan di mana Cawangan lain perlu datang untuk memantau mesyuarat yang dibuat.

“Penamaan calon pula hanya terpakai bagi mereka yang bertanding di peringkat Bahagian tetapi tidak terpakai di peringkat Cawangan manakala bagi jawatan sayap-sayap diperingkat Cawangan pula, sebelum Cawangan bermesyuarat, Srikandi dan Armada perlu bermesyarat terlebih dahulu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");