Berita Hari Ini

Peruntukan Beli 12 Pengimbas Suhu Lulus Serta-merta

KUALA LUMPUR: Peruntukan tambahan untuk mendapatkan 12 pengimbas suhu badan oleh Kementerian Kesihatan diluluskan serta-merta.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata beliau sudah meminta kerjasama Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir supaya peruntukan itu disalurkan secepat mungkin, berikutan ia adalah langkah perlindungan kesihatan awam dan bersifat kritikal bagi menyekat penularan novel coronavirus (2019-nCoV) ke negara ini.

“Pengimbas suhu ini bagi memastikan kemampuan kakitangan Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti individu yang mempunyai simptom menghidapi virus 2019-nCoV dapat diperkukuhkan lagi di pintu masuk negara.

“Kementerian Kewangan akan memberikan sokongan penuh kepada Kementerian Kesihatan agar kemampuan agensi kesihatan awam untuk melakukan tugas mereka berada pada tahap yang bertepatan dengan piawaian kesihatan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kementerian itu kini memiliki 54 mesin pengimbas suhu badan di seluruh negara bagi mengenal pasti individu yang mempunyai simptom 2019-nCoV.

Katanya, kementerian akan menambah 12 lagi mesin berkenaan dan menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");