Berita Hari Ini

WHO Akui Silap Buat Penilaian Tentang Koronavirus

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dikritik susulan pengendalian penularan wabak sebelum ini, akui tersalah penilaian mengenai koronavirus.

Agensi berpangkalan di Geneva itu sebaliknya dalam satu laporan mendedahkan risiko jangkitan di China, peringkat serantau dan global adalah pada paras tertinggi.

Dalam laporan itu, WHO akui badan itu tersilap apabila meletakkan risiko global dalam peringkat sederhana.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak bermakna WHO mengisytihar situasi kecemasan antarabangsa.

WHO pada Khamis henti isytihar novel koronavirus sebagai darurat kesihatan atas kebimbangan komuniti antarabangsa.

Virus itu kali pertama dikesan di Wuhan, China sejak 31 Disember tahun lalu.

Sehingga kini virus berkenaan sudah dijangkiti kepada lebih 2,700 individu di seluruh dunia dengan angka kematian disahkan 82 orang di China. -Agensi terjemahan Astro Awani

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");