Perak Hari Ini

Semua Kemudahan Imigresen Kepada Rakyat China Dari Wuhan Digantung Sementara

IPOH: Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China khususnya dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini menyebut kemudahan-kemudahan itu termasuk kemudahan tanpa visa (eNTRY), Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival), e-visa serta visa manual.

Menurut kenyataan itu lagi, kemudahan imigresen tersebut akan diberikan semula setelah keadaan tentang perkembangan kes novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) kembali normal.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara China, khususnya di Wilayah Hubei tersebut dan ianya adalah berkuatkuasa serta merta.

Kemudahan imigresen ini akan diberikan semula setelah keadaan kembali normal,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu katanya lagi, Wisma Putra akan menyelaraskan keputusan itu bersama Kerajaan China.

Pada masa sama, kenyataan itu menyebut bahawa sejak kes 2019-nCoV muncul di negara China, Kerajaan Malaysia telah mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta mendapat nasihat pakar-pakar untuk menghadapi dan membendung jangkitan ini dari merebak dengan meluas.

Selain itu, kerajaan turut meingatkan agar semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sah berkenaan novel koronavirus ini yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");