Berita Hari Ini

Terserah Kepada Putrajaya Bawa Balik Akta Berita Palsu, Kata Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata undang-undang berita palsu boleh difikirkan semula “jika perlu” susulan penyebaran bahan-bahan tidak benar mengenai wabak koronavirus novel 2019.

“Itu sesuatu yang kami boleh fikirkan semula – jika perlu – tetapi berdasarkan keadaan semasa bagaimana anda menanganinya.”

“Sama ada kerajaan nak bentang semula terserah kepada kerajaan untuk meneliti soal itu,” katanya pada sidang media hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador.

Semalam dilaporkan 4 orang ditahan berhubung penyebaran berita palsu berkaitan wabak koronavirus, dengan kes positif di Malaysia meningkat kepada 7 orang setakat ini.

Bekas menteri undang-undang Azalina Othman Said mengkritik Putrajaya kerana memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar tahun lepas memetik FMT.

Ia diperkenalkan pentadbiran Barisan Nasional sebelum pilihan raya umum 9 Mei 2019.

Mengikut undang-undang itu, mereka yang didapati bersalah menyebarkan apa yang dianggap “berita tidak benar” oleh pihak berkuasa berdepan 6 tahun penjara dan denda sehingga RM500,000.

Di Twitter, Azalina berkata: “Saya sudah beritahu. Tak patut mansuh Akta Antiberita Tidak Benar. Sekarang sudah terlambat dan kerajaan lembab”.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");