Perak Hari Ini

Tiada Bukti Bawang Merah Dapat Atasi Influenza

IPOH- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan bahawa tiada bukti saintifik yang menyatakan beberapa petua yang tular di laman sosial mampu mengelakkan jangkitan wabak influenza jika diamalkan.

Sebagai contoh penggunaan bawang merah yang mana didakwa dapat menghalang dari bawaan penyakit influeza A yang sedang merebak kini

Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, langkah terbaik bagi mengelakkan dari terkena penyakit influenza mesti mengamalkan kebersihan diri yang betul.

“Cara bagi mereka yang mempunyai gejala tersebut untuk mengelakkan dari merebak kepada orang lain adalah dengan memakai topeng muka sekiranya perlu atau mengelakkan dari pergi ke kawasan awam.

“Perkara yang penting untuk mengelakkan virus ini adalah mesti memastikan makan makanan yang sihat, rehat serta dapatkan tidur yang mencukupi,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Pecah Tanah Pusat Komersial Botani Village, Bandar Seri Botani, di sini, hari ini.

Bagaimanapun kata Lee, penggunaan bahan tersebut adalah tidak dihalang kerana ianya juga tidak akan menjejaskan kesihatan sama ada bawang merah atau bawang putih sekalipun.

Sementara itu katanya, kes berkenaan kini mencatatkan peningkatan yang mana ianya berlaku secara bermusim yang mana ada beberapa bulan ianya akan meningkat kebiasaannya hujung tahun dan awal tahun.

“Namun begitu, bekalan vaksin juga sudah sampai dan boleh diberikan kepada pihak swasta.

“Jadi, orang yang memerlukan vaksin hanya sebahagian kecil sahaja dan saya harap pembekal tidak menaikkan harga ekoran peningkatakan penyakit ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");