Perak Hari Ini

Bomba Jamin Keselamatan Stadium Perak ‘Tiptop’ Menjelang Liga Super

IPOH- Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak meletakkan jaminan bahawa keselamat dari segi kebakaran di Stadium Perak berada dalam keadaan baik dan ‘tiptop’.

Kedua-dua stadium di negeri Perak iaitu di Ipoh dan Manjung berada dalam keadaan baik menjelang perlawanan Liga Super yang dijangka bermula pada 3 Mac akan datang.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, selepas melakukan pemeriksaan di Stadium Perak ianya bukan sahaja menarik tetapi aspek keselamatan kebakaran juga dalam keadaan sempurna.


“Berasaskan kepada pengamatan pemeriksaan kita, stadium ini adalah satu stadium yang menarik sekali yang mana di dalam aspek keselamatan kebakaran ianya dalam keadaan sempurna yang mana sebagai contoh sistem gegelung hos berada di kawasan yang strategik.

“Dari segi segi padang atau tempat penonton, sekeliling stadium ini terdapat lebih kurang 14 pintu yang mana ia merupakan jalan pelepasan diri yang baik disediakan oleh pihak pengurusan stadium bagi mamastikan penonton dapat melepaskan diri.

“Perkara paling penting di kawasan stadium ini adalah terdapat tiga hingga ke empat pintu yang memudahkan pergerakan penonton sekiranya berlaku sebarang kemalangan,” katanya kepada media selepas membuat pemeriksaan terhadap fasiliti keselamatan yang ada di Stadium Perak, hari ini.

Menurut pihak pengurusan, stadium tersebut dapat menampung kapasiti penonton seramai 25,000 orang dan jika ianya penuh boleh mencecah seramai 28,000 hingga 29,000 orang.

Tambah Azmin, JBPM Perak juga telah merancang strategi bagi memastikan perjalanan bola sepak Liga Super berjalan lancar.

“JBPM Perak juga mendapatakan persetujuan stadium untuk menempatkan anggota-anggota kita seramai 16 orang di sekitar stadium dengan peralatan asas bagi menangani sebarang insiden yang berlaku.

“Dari segi strategi juga kita tidak mengalami sebarang masalah memandangkan jarak antara stadium dan balai bomba lebih kurang 100 meter sahaja dan kita mungkin akan menambah anggota.

Tambah beliau lagi, pihak JBPM juga telah mengadakan satu siri taklimat kepada semua petugas-petugas yang bertugas dalam stadium tersebut.

“Seramai 45 orang kakitangan stadium terlibat secara khusus mengenai taklimat yang melibatkan keselamatan kebakaran dan kita menerangkan kepada mereka apakah tindakan-tindakan sekiranya berlaku kemalangan terutamanya membabitkan isu kebakaran,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");