Perak Hari Ini

Pemandu Proton Saga Maut, Kereta Dipandu Hilang Kawalan

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki berusia 63 tahun maut dalam satu kejadian kemalangan di kilometer (km) 242.2 di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara lewat malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam, mangsa Supie’e Ahmad yang memandu kereta jenis Proton Saga dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh besi di bahu jalan sebelah kiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata kemalangan itu telah menyebabkan mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

Menerusi gambar yang dikongsi, dipercayai kejadian berlaku berhampiran susur keluar ke Kuala Kangsar.

“Pada kira-kira jam 10.40 malam pihak polis telah menerima maklumat daripada orang awam yang melaporkan satu kejadian kemalangan maut di km 242.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara yang melibatkan sebuah kereta terbabas sendiri.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang datang dari arah selatan ketika tiba di tempat kejadian telah dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sendiri ke bahu jalan sebelah kiri.

“Kereta dipandu mangsa kemudian merempuh pengadang besi di bahu jalan itu sebelum kereta berada dalam keadaan melintang di lorong kiri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya lagi bedah siasat akan dilakukan pagi ini dan siasatan terhadap kemalangan itu masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jelas beliau, kemalangan itu juga telah mengakibatkan kereta dipandu mangsa remuk di bahagian hadapan dan pintu kanan kenderaan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata ketika kejadian, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Kuala Kangsar dan Balai Bomba Meru Raya telah dikerahkan ke lokasi malam tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");