Berita Hari Ini

Polis Tahan Dua Lelaki Memandu Dalam Keadaan Mabuk

ALOR SETAR – Dua lelaki ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk sempena Op Selamat 16/2020 Sempena Tahun Baharu Cina 2020 yang dijalankan di dua lokasi berasingan di sekitar daerah Kota Setar, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Supt Chuah Seong Lim berkata dalam operasi yang dijalankan di susur masuk Plaza Tol Alor Setar Selatan, semalam pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Unser.

“Lelaki berkenaan ditahan pada pukul 12.01 tengah malam selepas gagal ujian saringan awal pernafasan menggunakan alat Screening Device II yang dibuat di lokasi. Dia kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan pemeriksaan menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer mendapati bacaan ujian EBA adalah 83mg/100ml.

“Pada awal pagi tadi pula, kita telah menahan seorang lelaki berusia 61 tahun yang menaiki kereta jenis Perodua Alza di kawasan Lebuhraya Darul Aman kerana memandu dalam keadaan mabuk dengan bacaan ujian EBA sebanyak 194mg/100ml,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya kedua-dua lelaki berkenaan ditahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Chuah berkata polis turut menahan lima remaja berusia antara 15 hingga 20 tahun dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Yan dan Kuala Muda, semalam kerana melakukan aksi ‘willy’ ketika menunggang motosikal.

“Dalam operasi yang dijalankan di Yan dan Kuala Muda itu, sebanyak 25 saman telah dikeluarkan melibatkan kesalahan tiada lesen memandu, gagal menunjukkan lesen, tiada insurans, tidak memakai topi keledar, pemandu bawah umur dan beberapa kesalahan lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");