Berita Hari Ini

Remaja Samun Kedai Emas Di Klang Diberkas

KLANG – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun diberkas selepas melakukan samun kedai emas di pusat beli-belah di Bukit Tinggi di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu berlaku semasa pekerja hendak menutup premis perniagaan.

Menurutnya, secara tiba-tiba datang dua lelaki bertopi keledar dan bervisor gelap masuk ke dalam premis.

“Suspek yang bersenjatakan tukul besi terus memecahkan cermin kaca dan mengambil barangan kemas.

“Pada masa yang sama pengawal keselamatan telah acukan senjata ke arah suspek. Suspek bagaimanapun terus melarikan diri sejauh kira-kira 20 meter ke arah pintu keluar namun dengan bantuan orang awam salah seorang suspek berjaya ditahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dengan tertangkapnya suspek, barangan kemas serta senjata tukul yang digunakan semasa kejadian berjaya dirampas.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan usaha mengesan seorang lagi suspek giat dijalankan memetik Sinar Harian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");