Perak Hari Ini

Samun Guna Pistol Polis, PDRM Lakukan Siasatan Dalaman

IPOH- Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Perak akan melakukan siasatan dalaman berhubung kejadian samun yang melibatkan penggunaan sepucuk pistol milik anggota polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pada 24 Januari lalu iaitu jam 4.10 pagi, pihak polis telah menerima satu panggilan mengenai kejadian samun.

Bagaimanapun katanya, selepas satu tangkapan dibuat, pihaknya telah merampas sepucuk pistol jenis Walter P99 yang mana ianya telah tercicir oleh anggota berpangkat Koperal di kawasan Tanjang Rambutan pada 15 Januari.

“Kita akan melakukan siasatan dalaman di bawah Ketua Jabatan Integriti dan juga Pematuhan Standard (JIPS) Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Serah Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Perak dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM Perak di Mess Pegawai Kanan PDRM Perak, di sini, hari ini.

Menurut Razarudin, kehilangan pistol berkenaan turut telah di lapor oleh anggota tersebut pada 15 Januari lalu yang mana ianya tercicir semasa menjalankan tugas.

Dalam pada itu katanya, kejadian samun tersebut dilaporankan berlaku di sebuah hotel di Menglembu yang mana disyaki dilakukan oleh dua lelaki Melayu dan pada awalnya polis mensyaki penjenayah berkenaan menggunakan pistol tiruan.

“Dalam masa kurang dari satu jam, kita dapati Balai Polis Sungai Senam telah berjaya menangkap dua lelaki melayu pada jam 5 pagi pada hari yang sama berumur diantara 20 hingga 27 tahun di mana kedua-duanya mempunyai jenayah lampau.

“Suspek yang berusia 20 tahun telah dituduh di mahkamah di bawah kes jenayah manakala yang berumur 27 tahun ini mempunyai kesalahan lampau di bawah kesalahan dadah.

“Kedua-dua suspek yang ditangkap dan telah dakwa di mahkamah pada 6 Februari di bawah Seksyen 392 dan 411 Kanun Keseksaan serta Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya.

Sementara itu pada majlis yang sama, Razarudin telah menyempurnakan memakaikan pangkat kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak yang baru iaitu Asisten Komisioner (ACP), Lee King Chuan menggantikan V. R Ravi Chandran.

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM Perak, SAC V. R Ravi Chandran pula telah bertukar sebagai Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/ Perhubungan Antarabangsa) JSJN Bukit Aman berkuatkuasa pada hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");