Perak Hari Ini

7 Exco Perak Dilantik, 3 Lagi Bakal Menyusul

IPOH- Seramai tujuh orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak selepas tertubuhnya kerajaan Perikatan Nasional.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenankan untuk mengangkat sumpah kesemua tujuh Adun berkenaan hari ini di Istana Kinta.

Katanya, seramai tiga lagi Ahli Majlis akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat ataupun tamat. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Alhamdulillahh hari ini Sultan Perak telahpun memperkenankan tujuh orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Jadi ada berbaki tiga kerusi yang akan diisi dan InshaAllah ianya akan dilakukan dalam masa terdekat ini mungkin selepas PKP,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Istana Kinta, hari ini.

Bagaimanapun terdahulu, beliau dalam satu perutusan mengatakan bahawa proses pelantikan Exco baharu akan dilaksanakan apabila wabak itu dapat dikawal dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditarik balik kerana kerajaan negeri memberi penumpuan penuh dalam mengekang penularan wabak Coid-19 yang sedang melanda negara.

Sementara itu tambah Ahmad Faizal, pembahagian potfolio pula belum lagi dirundingkan dan beliau akan mengadakan perbincangan dengan semua Exco yang baru dilantik.

“Pembahagian potfolia belum lagi kita rundingkan, InshaAllah selepas ini saya nak berjumpa dengan semua ahli majlis mesyuarat yang telah mengangkat sumpah untuk berbincang hati ke hati untuk kita bina satu pasukan yang mantap demi untuk rakyat.

“Saya akan keluarkan kenyataan, saya kira saya telah minta Setiausaha Kerajaan untuk keluarkan kenyataan berkenaan dengan majlis Angkat Sumpah pada pagi ini dan selepas ini saya akan buat kenyataan pula berkenaan dengan senarai potfolio,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");