Perak Hari Ini

Campuran Dettol Dan Sterile Water Tidak Asli, Cair- Timbalan Menteri

BAGAN SERAI: Baru-baru ini tular berkenaan dengan dengan teknik menghasilkan cecair pembasmi kuman buatan sendiri sebagai inisiatif menggantikan cecair pembasmi kuman yang semakin sukar untuk didapati di pasaran.

Menurut laporan, cecair pembasmi kuman berkenaan dihasilkan dengan menggunakan campuran Dettol dan ‘sterile water’ (air suling).

Bagaimanapun menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, tindakan tersebut tidak menjadi kesalahan bagi mereka yang mahu mencegah Covid-19 dengan menghasilkan cecair pembasmi kuman.

“Tak salah sebenarnya, Dettol pun salah satu daripada cecair pembasmi kuman dan boleh dibahagikan misal kata duit tidak mencukupi dan mahu bahagikan kepada adik beradik, tapi jadi cairlah ( kelikatan cecair pembasmi kuman) tak pekat seperti yang sedia ada disebabkan nisbahnya sukatannya sudah berubah

“Konsepnya sama macam kita buat air teh tarik dan bahagi kepada tiga cawan, namanya teh tarik juga tapi tidak asli lah, dia jadi ceroi (cair),”katanya kepada media ketika ditemui di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Serai pada Sabtu.

Bagaimanapun, campuran dua bahan ini dikatakan lebih murah dan sama efektif untuk membasmi kuman bagi langkah berjaga-jaga mencegah wabak Covid-19 yang menjadi kebimbangan bukan saja di Malaysia bahkan seluruh dunia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");