Perak Hari Ini

Covid-19: MBI Jalankan Disinfeksi Dan Pembersihan Di Kawasan Awam

IPOH- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) turut menjalankan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) di sekitar kawasan bangunan milik MBI.

Menurut satu kenyataan hari ini, kerja pembersihan berkenaan telah dijalankan bermula pada semalam iaitu 23 Mac dan bakal berlanjutan sehingga 31 Mac iaitu sepanjang tempoh Perlaksanaan Kawasalan Pergerakan (PKP)

“Kerja-kerja disinfeksi atau pembersihan ini telah bermula pada hari ini, 23 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 yang mana akan diteruskan di pelbagai lokasi seperti di Medan Selera, Pasar Awam, Taman-Taman Rekreasi milik MBI dan di sekitar Kawasan MBI,” katanya.

Selain itu kata MBI, proses disinfeksi atau pembersihan tersebut merupakan tindakan yang diambil khususnya bagi kawasan awan yang mempunyai risiko penularan wabak berkenaan.

“Langkah yang diambil oleh MBI adalah untuk memastikan tahap kebersihan serta membendung mengawal penularan wabak Covid-19 di kawasan-kawasan awam yang berisiko untuk terdedah kepada penyebaran wabak ini.

“Semoga usaha dan inisiatif ini dapat membantu mengawal penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara pada ketika ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");