Berita Hari Ini

Covid-19: Selangor batal beberapa program awam

Kerajaan Selangor membatalkan beberapa program awam yang tidak bersifat kritikal berikutan wabak Covid-19, kata menteri besarnya, Amirudin Shari.

Amirudin berkata, penangguhan atau pembatalan program terbabit dilakukan kerana berpotensi menyebarkan virus berkenaan.

“Antara yang terlibat dalam jangka masa terdekat ialah Selangor Job Fair 2020.

“Sekiranya program yang ingin dianjurkan tersebut kritikal dan tidak dapat dielakkan, maka langkah-langkah pencegahan yang lain akan dikuatkuasakan sewaktu program berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengumuman tersebut dibuat susulan nasihat dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah agar program awam melibatkan orang ramai ditangguhkan.

Amirudin berkata kerajaan negeri akan melaksanakan segala langkah yang perlu bagi membendung virus berkenaan.

“Langkah-langkah pencegahan seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti pemakaian tutup muka dan pengunaan hand sanitizer wajar dipatuhi bagi mengelakkan berlaku jangkitan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) telah meluluskan serta merta penubuhan Pasukan Petugas Covid-19.

Pasukan petugas tersebut dipengerusikan bekas menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dan dibantu oleh Dr Siti Mariah Mahmud yang mewakili kerajaan negeri.

Pasukan berkenaan turut dianggotai Christopher Lee Kwok Choong, Dr. Adeeba Kamarulzaman, Dr. Fadzilah Kamaludin, Prof Dr Abdul Rashid Abdul Rahman dan Dr Yap Wei Aun.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, UiTM menangguhkan istiadat konvokesyen ke-92 di UiTM Shah Alam dan kampus-kampusnya yang lain.

Naib canselornya berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan laporan daripada Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengisytiharkan wabak itu kini sebagai pandemik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");