Berita Hari Ini

Dr Amalina Sangkal Petua Minum Air Suam Elak Covid-19

PETALING JAYA: Seorang doktor Malaysia yang berpangkalan di UK menyangkal dakwaan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba bahawa meminum air suam dapat menghalang seseorang daripada dijangkiti Covid-19.

Memetik FMT, Dr Nur Amalina Che Bakri, menerusi Twitter, berkata ia tidak disarankan oleh doktor dan bukannya “berasaskan bukti”.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada petua yang diberikan Adham semasa wawancara televisyen mengenai pandemik itu, yang mengorbankan 3 rakyat Malaysia dan menjangkiti lebih 1,000 yang lain.

Amalina berkata walaupun meminum air adalah baik untuk mengekalkan hidrat, bagaimanapun “ia tidak menghalang jangkitan virus itu”.

“Apabila virus itu berada di dalam badan kita, meminum air panas tidak akan melemahkannya,” katanya, sambil menambah tidak ada bukti bahawa asid dalam perut seseorang boleh membunuh virus itu.

Beliau juga berkongsi infografik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang mengatakan meminum air tidak menghalang jangkitan Covid-19.

Amalina berkata petua itu hanyalah “mitos”.

Katanya, perkara yang betul, antara lain, adalah menjaga kebersihan, jangan sentuh muka, duduk di rumah dan amalkan jarak sosial.

Apabila ditegur pengguna Twitter kerana mempertikaikan nasihat menteri itu, Amalina berkata beliau berhujah berdasarkan nasihat WHO dan perubatan berasaskan bukti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");