Perak Hari Ini

Jawatankuasa Bersama Malaysia, Singapura Tangani Covid-19 Diambil Alih Timbalan Menteri Kesihatan Baru

BAGAN SERAI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali akan mengambil alih Jawatankuasa Kerja Bersama bagi menangani wabak koronavirus (Covid-19) antara Malaysia dan Singapura.

Terdahulu, Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, memberitahu bahawa jawatankuasa tersebut akan diterajui oleh Timbalannya ketika itu, Dr Lee Boon Chye bersama rakan sejawatnya dari Singapura.

Noor Azmi berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan bagi berkongsi maklumat dalam bidang kesihatan awam, perubatan dan penyelidikan Covid-19 itu perlu diteruskan agar penularannya dapat ditangani secara berkesan.

“Pada pentadbiran dahulu, jawatankuasa ini memang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri (Kesihatan), oleh kerana kerajaan sudah berubah, sayalah perlu ambil alih.

“Semalam saya telah dipanggil dan diberitahu oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk ambil alih jawatankuasa berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Khidmat Parlimen Bagan Serai di sini, hari ini.

Menurut beliau, selepas perubahan struktuk kerajaan, mesyuarat terawal jawatankuasa tersebut dijadualkan akan diadakan pada awal bulan depan di Singapura.

“Saya telah dimaklumkan untuk hadir dalam mesyuarat itu, namun saya difahamkan dalam tempoh terdekat ini, Menteri Kesihatan Singapura akan berhubung dengan Yang Berhormat Menteri kita untuk mendapatkan status terkini Covid-19 di kedua-dua negara,” katanya.

Februari lalu, Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kerja Bersama yang mana antara fokus kerjasama dua hala berkenaan termasuklah saringan dan pengurusan kes rentas sempadan antara kedua-dua negara serta penyeragaman indikasi bagi penggunaan ubat antiviral kepada pesakit yang disahkan positif.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");