Perak Hari Ini

Kinta Antara 18 Kawasan Seluruh Negara Catat Kes Tertinggi Covid-19

IPOH: Daerah Kinta di Perak merupakan antara 18 kawasan di seluruh negara yang merekodkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang melepasi 20 kes.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, Kinta mencatatkan sebanyak 21 kes sementara di Hilir Perak mencatatkan 13 kes.

Selain itu, empat daerah lain di negeri ini mencatatkan jumlah kes keseluruhan kurang daripada 10 kes.

Kawasan tersebut ialah Kerian dengan 7 kes, Manjung 6 kes sementara Larut Matang Selama dan Batang Padang masing-masing mencatatkan tiga dan satu kes.

Sementara itu, dua kawasan di luar Perak iaitu di Lembah Klang yang mencatatkan kes tertinggi Covid-19 ialah di Petaling Jaya dengan 96 kes sementara Lembah Pantai mencatatkan 90 kes, dalam tempoh sama.

Taburan kes Covid-19 di seluruh negara itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebook beliau.

Katanya, sehingga jam 12 tengah hari semalam juga, sebanyak 1,183 kes dicatatkan di seluruh negara, dengan 153 kes baharu, dan 114 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Sebanyak empat lagi kematian direkodkan akibat Covid-19 di negara ini, semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu ketika ini sebanyak lapan kes.

Sehingga semalam, Perak mencatatkan 55 kes keseluruhan positif Covid-19 berbanding 45 kes pada kelmarin.

https://www.facebook.com/DGHisham/posts/3150859574937909

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");