Berita Hari Ini

Muhyiddin Tinggalkan Istana Selepas Serah Senarai Kabinet

KUALA LUMPUR: Muhyiddin Yassin menghabiskan kira-kira 90 minit di Istana Negara hari ini untuk menyerahkan senarai anggota Kabinet barunya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Muhyiddin yang tiba 11 pagi tadi, meninggalkan istana kira-kira 12.30 tengah hari.

Beliau dijadual mengumumkan calon pilihannya pada 5 petang ini, selepas menjelaskan kepada lebih 115 ahli Parlimen yang menganggotai gabungan baru Perikatan Nasional.

Terdahulu, FMT melaporkan Kabinet baru berbeza dengan struktur konvensionalnya dalam usaha untuk mengharungi keadaan politik di dalam negara.

“Ia tidak pernah berlaku sebelum ini, sekurang-kurangnya di Malaysia, tetapi ia berjaya dilaksanakan di negara jiran untuk memastikan sebuah kerajaan kuat yang boleh berfungsi,” seorang sumber memberitahu FMT susulan mesyuarat “sulit” lewat malam tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");