Perak Hari Ini

“Saya Dikhianat Dari Hari Pertama Jadi MB”: MB Peja

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan bahawa beliau bukanlah pengkhianat sebenar dalam kepimpinan sehingga mengakibatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak tumbang.

Menurutnya, apa yang lebih mengecewakan adalah, beliau sendiri telah dikhianati oleh beberapa pemimpin DAP semenjak memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak.

“Pengkhianatan sebenar bermula apabila exco kerajaan negeri PH cuba menjatuhkan menteri besar dan kerajaan negeri.

“Saya disebut pengkhianat rakyat. Kita tak lupa mereka yang menduduki kerusi exco, tapi dalam masa yang sama ada sahaja gerakan nak jatuhkan saya.

“Pengkhianatan bermula di situ. Kita telah memikirkan ini, gabungan (PN) akan memberi khidmat yang lebih baik kepada rakyat dan kerajaan yang stabil,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh, hari ini.

Ahmad Faizal menambah, DAP secara terang-terangan cuba menjatuhkan beliau dan ingin melantik MB dikalangan anggota parti mereka.

Pelbagai usaha telah dilakukan sehingga pemimpin-pemimpin DAP yang khianat Ahmad Faizal ini lupa akan tanggungjawab mereka kepada rakyat.

Keadaan itu menyebabkan barisan kepimpinan Perak tidak stabil sejak dari awal.

Justeru katanya, adalah tidak adil untuk melabel beliau sebagai pengkhianat sedangkan dikalangan DAP terdapat ramai pemimpin yang mengkhianati beliau sejak PH meneraju Perak.

Pada 4 Dis 2018, terdapat banyak khabar angin berkaitan gerakan untuk menjatuhkan Ahmad Faizal sebagai MB Perak.

Aziz Bari dari parti DAP antara pemimpin yang paling kerap disebut cuba mensabotaj Ahmad Faizal dan dalam masa yang sama memasang angan-angan untuk menjadi MB Perak.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");