Berita Hari Ini

Pelajar IPT Terima RM200

IPOH- Kerajaan hari ini mengumumkan bayaran sebanyak RM200 kepada pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) secara one-off pada Mei ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan perkara tersebut semasa membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 supaya tiada golongan yang akan tercicir.

“Saya juga tidak lupa kepada para pelajar institusi pengajian tinggi di mana anda juga akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020.

“Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta melibatkan pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS,” katanya.

Menurut beliau, bantuan one-off tersebut melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM270 juta kepada para pelajar.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Bagaimanapun katanya, kerajaan juga menyediakan peruntukan sebanyak RM25 juta kepada golongan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya (OKU), golongan gelandangan dan orang asal.

“Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk mereka,” katanya.

Sementara itu katanya, kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman untuk tempoh yang sama kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

“Sebelum ini, Kerajaan telah bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik PTPTN kepada semua peminjam selama 6 bulan melibatkan kutipan sebanyak RM750 juta.

“Penangguhan ini mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020 dengan anggaran kutipan sebanyak RM149.2 juta yang akan memanfaatkan seramai 174,500 orang peminjam,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");