Berita Hari Ini

Pemuda Amanah: Tindakan Hasnul Satu Pengkhianatan

Pemuda Amanah menyifatkan tindakan ketuanya, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim keluar Pakatan Harapan (PH) sebagai satu pengkhianatan.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata pihaknya kecewa dengan keputusan Adun Titi Serong itu yang disifatkan sebagai membelakangkan amanah rakyat.

“Pemuda Amanah berasa amat kecewa dengan tindakan Hasnul yang jelas sebuah pengkhianatan.

“Pihak kami juga mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang membelakangkan mandat rakyat sekaligus mengkhianati perjuangan dan amanah rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tiga Adun PH Perak termasuk Hasnul mengumumkan keluar parti dan menjadi Adun bebas susulan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak hari ini.

Selain Hasnul, Adun Tronoh dan Buntong daripada DAP iaitu Paul Yong Choo Kiong dan A Sivasubramaniam turut menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dari Bersatu.

Choo Kiong berkata, keputusan itu diambil bagi menjaga hak rakyat sebagai wakil rakyat.

Sebelum itu pada sebelah pagi, Ahmad Faizal mengadakan sidang media khas menyokong pembentukan kerajaan PN di Perak.

Sementara itu Shazni berkata, Pemuda Amanah akan mengadakan mesyuarat segera bagi menentukan kedudukan Hasnul dalam parti lapor MKini.

“Sehubungan itu, Pemuda Amanah akan memanggil mesyuarat dalam masa terdekat bagi menentukan kedudukan beliau di dalam Jawatankusa Pemuda Amanah Nasional,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");