Perak Hari Ini

PKP: 13 Ditahan Selepas Solat Jemaah

BAGAN SERAI: Seramai 13 jemaah di sebuah masjid di Telok Medan dekat sini telah ditahan pihak berkuasa semalam, apabila didapati bersolat Isyak secara jemaah dan ia melanggar penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Pegawai Tadbir Agama Daerah Bagan Serai, Mokhlis Husain, hasil pemantauan pihaknya bersama sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian mendapati hampir kesemua jemaah dianggarkan berusia 50 tahun ke atas.

“Mereka yang juga penduduk setempat itu telah ditahan pihak berkuasa setelah selesai menunaikan solat sekitar jam 9 malam sehingga 9.30 malam.

“Kesemua yang ditahan telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke IPD Kerian untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain itu katanya lagi beliau difahamkan kesemua mereka telah dirakam percakapan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Gambar: Pejabat Agama Bagan Serai

“Pihaknya kami sentiasa melakukan pemantauan dari masa ke semasa termasuk di surau dan masjid di kawasan pedalaman sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

“Sekiranya ada jemaah yang ingkar, kita akan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu,” tegasnya.

Pada masa sama beliau turut menasihatkan agar orang ramai mematuhi segala keputusan yang dikeluarkan Jawatankuasa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam sepanjang tempoh ini.

Hari ini, MAIPk mengeluarkan kenyataan rasmi agar rakyat di negeri ini dapat mematuhi arahan yang dikeluarkan dengan tidak melaksanakan solat berjemaah dan sebarang aktiviti di masjid atau surau sehingga 14 April nanti.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakktiar Yaacob gagal dihubungi media.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");