Perak Hari Ini

Tiga Adun Perak Isytihar Keluar Parti, Sokong Ahmad Faizal

IPOH- Tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu dari Amanah dan dua dari DAP mengisytiharkan keluar dari parti masing-masing dan menjadi Adun Bebas.

Ketiga- tiga mereka terdiri daripada Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim Adun Tronoh, Yong Choo Kiong, dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam.

Kata Paul Yong, keputusan tersebut dibuat selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan untuk bersama-sama Perikatan Nasional (PN) bagi menerajui kepimpinan baharu di negeri ini di bawah Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Umno dan Pas.

“Oleh sebab perkara tersebut, kami telah membuat keputusan keluar dari parti dan menjadi Adun Bebas dan menyokong Menteri Besar supaya hak rakyat tetap dijaga dan dipelihara.

“Saya nampak dengan terbentuknya kerajaan PN ini adalah tidak begitu sempurna dengan tidak ada kehadiran wakil rakyat dari kaum India dan Cina.

“Saya mahu rakyat faham, sokongan rakyat kepada parti politik di mana mereka menaruh harapan yang tinggi kepada untuk menjadi kerajaan,” katanya.

Sehubung itu, beliau turut menjelaskan bahawa tiada lagi isu seperti lompat parti sehingga kerajaan jatuh atau sebagainya.

Bagimanapun katanya, beliau bekesempatan berjumpa dengan Ahmad Faizal secara bersemuka pada pagi tadi sebelum sidang media khas di Casuarina@Meru.

“Kita jumpa dan kita bincang sebab ini adalah seperti apa yang kata tadi, bukan untuk kepentingan saya dan parti tatapi kepentingan rakyat,” katanya.

Namun begitu, ketika di tanya sama ada Adun lain akan keluar parti namun beliau tidak mengetahui perkara tersebut dengan libih lanjut tetapi mempunyai pendirian yang sama dengan dua lagi Adun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");