Perak Hari Ini

Jadilah Hero: Stadium Indera Mulia Antara Lokasi Derma Darah Sepanjang PKP

IPOH- Tabung Darah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menggesa agar penderma dapat menderma darah bagi membantu pihak mereka untuk mengekalkan stok bekalan darah hospital.

Kata Tabung Darah HRPB dalam hantaran di Facebook Derma Darah Ipoh, pihaknya akan beroperasi setiap hari di tiga lokasi sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu pada 14 April 2020.

1. Bilik Pendermaan Darah HRPB Ipoh
Isnin – Jumaat: 8am – 5pm (rehat 1-2pm, 12.15-2.45pm hari Jumaat)
Sabtu & Ahad: 10am – 4pm

2. AEON Kinta CIty
11am – 4pm

3. Foyer Stadium Indera Mulia Ipoh
11am – 4pm

Wartawan Perak Today turut berpeluang merasai pengalaman menderma darah dan memilih lokasi Foyer Stadium Indera Mulia Ipoh kerana tidak bergitu ramai penderma di lokasi berkenaan malahan tidak perlu menunggu lama.

Menurut salah seorang petugas yang juga seorang doktor, katanya jumlah penderma yang datang ke lokasi berkenaan untuk menderma darah adalah kurang dari 20 orang setiap hari.

Bagaimanpun, para penderma yang hadir bagi menderma darah tidak perlu risau jika ditahan oleh pihak berkuasa semasa sekatan jalan kerana mereka boleh mengisi borang di pautan yang disediakan untuk mendapatkan slip perjalanan.

“Sila isi borang di link ini untuk dapatkan Slip Perjalanan Penderma Darah untuk ditunjukkan kepada Penguatkuasa ketika melalui sekatan jalan raya di https://forms.gle/xgynoJ9esA25dKpHAo.

“Penderma yang sudah menderma juga akan menerima slip perjalanan selepas selesai menderma darah,” katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan, para penderma darah yang ingin menderma di AEON Kinta City, pintu masuk yang dibuka hanya pintu yang berhampiran dengan supermarket AEON sahaja.

“Anda hanya perlu tunjukkan buku derma darah atau slip perjalanan kepada guard yang menjaga pintu tersebut untuk terus masuk ke dalam tanpa perlu beratur di luar,” katanya.

Jadilah HERO kepada para pesakit yang memerlukan!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");