Membawang Hari Ini

Mata Nazrul Rabbani Makin Kabur

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz memaklumkan anggotanya, Nazrul Azhar Tamrin kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami masalah buah pinggang ketika melakukan rawatan dialisis pada Februari lalu.

BH Online melaporkan, Nazrul dimasukkan ke Hospital Selayang selepas suhu badannya meningkat ketika melakukan rawatan berkenaan.

“Setakat ini, keadaannya sudah kembali stabil. Tekanan darah dan paras gula pun okay.

“Matanya mula kabur sejak berlaku komplikasi ketika melakukan rawatan dialisis tempoh hari. Nazrul sudah keluar hospital, sejak tiga minggu lalu.

“Hingga kini, Nazrul tetap meneruskan rawatan dialisis seperti biasa. Saya dan anggota lain berharap dia kuat menempuh ujian ini,” katanya kepada BH Online.

Azadan berkata, Lembaga Zakat Selangor (LZS) sudah menghulurkan bantuan.

“Selain itu, ada persatuan artis dan platform pengumpulan dana, Kita Fund membantu.

“Anggota kumpulan Rabbani lain turut menghulur sumbangan bagi mengurangkan beban yang ditanggung Nazrul. Dia mempunyai isteri dan enam cahaya mata.

“LZS membantu menanggung kos rawatan dialisis dan rumah,” kata Azadan.

Katanya, apa yang menimpa Nazrul memberi kesan kepada anggota Rabbani lain.

“Kami sudah seperti satu keluarga, Nazrul pula tulang belakang Rabbani. Ketika masih sihat, dialah paling banyak menguruskan hal berkaitan kumpulan kami.

“Jadi, kami terkesan apabila Nazrul sakit. Inilah masanya kami membantunya dan keluarga. Saya mohon peminat mendoakan kesihatan dan diberikan kesembuhan penyakitnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");