Berita Hari Ini

Pusat Kawalan Kusta Negara tempatkan pesakit COVID-19

Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) di Hospital Sungai Buloh dijadikan wad bagi menempatkan pesakit COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 60 katil disediakan untuk pesakit dengan gejala ringan.

“Ruang lama Pusat Kawalan Kusta Negara di Hospital Sungai Buloh telah berjaya ditukarkan kepada sebuah wad 60 katil khas untuk pesakit COVID-19 dengan gejala ringan,” katanya menerusi Facebook semalam.

PKKN pernah menjadi kawasan larangan sejak 1926 kerana menempatkan koloni pesakit kusta dari seluruh negara hingga tiada lagi kes baharu penyakit itu dikesan pada 1996.

Pusat itu juga menjadi sangat penting kerana ia yang pertama seumpamanya di dunia sehingga perancangannya menjadi model kepada pusat kusta di serata dunia.

Selain PKKN, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) turut dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah.

Ia menempatkan 600 katil termasuk 400 untuk pesakit lelaki.

BH semalam melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mardi Corp, Zaidi Shahrim, berkata kemungkinan pusat itu akan dibuka dan menerima pesakit dalam minggu depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");