Sukan Hari Ini
Like

Cheng Hoe Bimbang Harimau Malaya Masih Belum Bersedia

May 29, 2020
341 Views
0 Comments
1 minute read
Cheng Hoe Bimbang Harimau Malaya Masih Belum Bersedia

KEBIMBANGAN menjadi perkara utama buat individu penting skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, yang bingung dan gelisah dengan keadaan semasa yang nyata tidak memihak mereka ketika ini.

“Saya berasakan sebagai jurulatih cukup bimbang dengan keadaan COVID-19 ketika ini kerana pemain-pemain tidak dapat turun berlatih dan bersaing secara kompetitif.

“Saya percaya mereka sudah bosan berada di rumah namun risiko kepada kecederaan dijangka meningkat ketika menghadapi saingan yang padat selepas ini,” kata Cheng Hoe, sebagaimana dilaporkan Astro Awani.

Aksi penting hanya tinggal empat bulan dari sekarang tetapi rangka skuad negara ketika ini hanyalah kosong.

Kebimbangan Cheng Hoe, bukan perkara biasa, ketika tiga negara yang bakal dihadapi memiliki persediaan lebih baik berbanding Malaysia.

Vietnam sudah memulakan saingan liga bersama dengan kehadiran penyokong ke stadium bermula minggu lalu.

Thailand sudah ada pengesahan untuk aksi liga kembali bersambung September ini dan mereka khabarnya sudah memulakan sesi latihan sebagai persediaan awal sebelum saingan liga bermula.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal memulakan Liga Profesional UAE Ogos ini dan sudah pasti persediaan mereka juga bermula awal.

Persoalannya, bagaimana dengan skuad negara kita?

Jika liga kembali bersambung September ini, Cheng Hoe juga bimbang jadual liga yang padat akan mengakibatkan pemain kepenatan dan terdedah kepada risiko kecederaan.

Apa yang pasti, Cheng Hoe dibelenggu gelisah, segalanya terletak di tangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kita berserah. Tepuk dada, tanya selera.

Komen & Pendapat

Comments are closed.