Perak Hari Ini

Jabatan Perikanan Rampas 80 Bubu Naga

PARIT BUNTAR- Sebanyak 80 unit bubu naga yang dipasang di Perairan Tanjung Piandang dirampas Jabatan Perikanan Daerah Kerian, semalam.

Ketua Pangkalan Cawangan Perlindungan Sumber Perikanan Kuala Kurau, Nazri Mohd Noh berkata, pihaknya melalui Unit Pengurusan Sumber yang mendapat maklumat berhubung penggunaan alat menangkap ikan itu telah melakukan rondaan diperairan terbabit.

Menurut beliau, rondaan dibuat bermula jam 9.00 hingga 12.00 tengah malam semalam bersama enam anggota.

“Rondaan pertama yang dibuat pada kedudukan 0.8 batu nautika dari pantai perairan telah telah menemukan 20 unit bubu dipasang pada kayu pancang dan ditanda dengan pelampung.

“Seterusnya rondaan di tiga lagi kawasan di kedudukan sama, pihak kami menemukan 60 unit bubu naga.

“Kesemua bubu naga yang dirampas telah dibawa ke jeti pangkalan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi media.

Tambah beliau, kesemua bubu naga itu telah disita dan kes disiasat dibawah Seksyen 11 (3)(C) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");