Perak Hari Ini

MB Perak Zahir Penghargaan Atas Keberanian Guru Selamatkan Empat Remaja Hanyut

IPOH: Kerajaan Perak menzahirkan penghargaan kepada seorang guru yang mempertaruhkan nyawa menyelamatkan empat remaja perempuan yang hanyut setelah kereta mereka terhumban ke dalam tali air di Kampung Teluk Sena, Kampung Gajah pada Rabu.

Video tindakan berani Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil yang juga seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama Rakyat Parit 25 Baroh, Tanjung Bayan, Hutan Melintang tular di media sosial selepas berjaya menyelamatkan kesemua mangsa.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri turut akan mempertimbangkan sumbangan khas kepada Muhammad Nor Imran atas keberaniannya itu.

“Tindakan beliau yang sanggup mengambil risiko bagi menyelamatkan kesemua mangsa yang dihanyutkan oleh arus deras amat wajar dipuji.

Hanya mereka yang tidak mementingkan diri sendiri sahaja yang mampu memberi reaksi berani sedemikian dalam sekelip mata, biar pun membahayakan nyawa sendiri.

“Pentadbiran Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan sumbangan khas kepada saudara Muhammad Nor Imran sebagai menghargai keberanian dan jasa beliau menyelamatkan kesemua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");