Panasnya Hari Ini

Muhyiddin ambil penyokong saya tawar jawatan dalam Kabinet -Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun kerajaan sekarang mendakwa telah mendapat sokongan majoriti namun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin perlu membuktikannya di sidang Dewan Rakyat.

Beliau mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menarik para penyokongnya dalam Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) dengan menawarkan jawatan dalam Kabinet Perikatan Nasional untuk mengukuhkan sokongan di Dewan Rakyat.

“Ini caranya untuk dia mendapat sokongan supaya kekal jadi perdana menteri ialah dengan menawarkan kepada penyokong saya jawatan seperti menteri, timbalan menteri supaya mereka ini menyokong Muhyiddin.

“Ini mungkin memberi bilanngan yang lebih banyak kepada penyokong dia tapi ini juga perlu diuji di dalam dewan (Parlimen).

“Dewan sepatutnya bersidang dan apabila dewan bersidang kita nak tahulah sama ada dia benar-benar mendapat sokongan daripada majoriti ahli-ahli dewan. Itu caranya,’ katanya yang bersiaran langsung di laman Facebook.

Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri mendakwa, mereka yang menyokong Ahli Parlimen Pagoh berkenaan sememangnya orang yang ditawar jawatan-jawatan tertentu.

Sekiranya situasi tawaran jawatan oleh Muhyiddin tidak berlaku, katanya kesemua ahli dalam parti akan menyokong dan kekal bersama beliau (Mahathir).

Dr Mahathir turut melahirkan rasa sedih terhadap apa yang berlaku kerana beliau bersama-sama Muhyiddin menubuhkan parti Bersatu tetapi tindakan Muhyiddin sekarang ini dibimbangi akan menyebabkan parti tersebut hancur.

“Jika diadakan pilihan raya hari ini kalaulah dia kalah, dia tak jadi perdana menteri dan dewan dibubar, kita ada pilihan raya. Maka parti Bersatu ini akan hancur kerana kita tidak dapat sokongan daripada Pakatan Harapan dan daripada parti yang kalah, iaitu UMNO dan akhirnya menjadi parti tergantung tanpa sokongan dan hancur sendiri.

“Inilah yang berlaku sekarang ini oleh kerana Muhyiddin tidak mengikuti perlembagan parti yang menentukan bahawa hanya Majlis Pimpinan Tertinggi parti sahaja yang boleh buat dasar dan keputusan yag besar dan serius kepada parti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");