Perak Hari Ini

Penjawat Awam Perak Terima Bantuan Khas RM1,000

IPOH- Kerajaan negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 berjumlah RM1,000 kepada kepada penjawat awam negeri Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bantuan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua penjawat awam di atas kerja keras dalam membantu rakyat sepanjang tempoh PKP.

“Sebagai tanda penghargaan kepada semua Kakitangan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak di atas kerja keras dalam membantu rakyat sepanjang tempoh PKP ini, Kerajaan Negeri mengumumkan, pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 berjumlah RM1,000 seorang.

“Bantuan khas ini akan mula dibayar pada hari ini, 20 Mei 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa 2, hari ini.

Beliau juga berharap, bantuan tersebut dapat meringankan bebanan mereka akibat daripada penularan wabak koronavirus (Covid-19)

“Semoga bantuan khas ini juga, sedikit sebanyak, dapat membantu mengurangkan beban penjawat awam yang terkesan akibat pelaksanaan PKP susulan penularan pandemik Covid-19.

“Saya ingin menyeru, agar bantuan ini dibelanjakan sebaiknya untuk persiapan Aidilfitri yang sederhana, agar bantuan ini akan nanti sampai juga ke kantung peniaga-peniaga dan penjaja kecil seluruh negeri Perak hendaknya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");