Panasnya Hari Ini

PN Kedah Umum Pembentukan Kerajaan Negeri Baharu

ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata 23 ADUN terbabit adalah 15 daripada PAS, Bersatu (4), UMNO (2) dan dua bekas ADUN PKR.

Terdahulu, Muhammad Sanusi berkata, 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan beliau hilang kuasa mentadbir negeri memetik Harian Metro.

“Kerajaan Pakatan Harapan Kedah sudah jatuh dan hilang keabsahan kuasa selaku kerajaan negeri dengan serta merta. Justeru itu atas kesepakatan bersama 19 daripada 23 adun yang hadir hari ini bersetuju untuk membentuk kerajaan yang baharu atas nama Perikatan Nasional.

“Bagi menyempurnakan proses peralihan kuasa secara tertib dan aman, presiden parti gabungan dalam PN di peringkat Persekutuan akan mengemukakan calon Menteri Besar Kedah yang baharu melalui Setiausaha Kerajaan Negeri bagi diperkenan dan menerima tauliah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");