Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Ucap Takziah Buat Keluarga Malim Ghozali PK

IPOH: Kerajaan Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Dr Mohamed Ghazali Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Malim Ghozali PK atas pemergian Tokoh Sasterawan Negeri itu.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia selepas menjalani pembedahan membuang tumor di Hospital Serdang, Selangor pada jam 11.20 pagi tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pemergian Allahyarham yang mesra di sapa Pak Malim bukan sahaja satu kehilangan besar dalam bidang sastera malah kehilangan kepada dirinya secara peribadi.

“Saya sangat rapat dengan Allahyarham Pak Malim, malah menganggap beliau bagaikan ayah saya sendiri.

“Pastinya kita akan terus menyanjung karya-karya ulung beliau yang telah menjadi sebahagian daripada khazanah agung bidang sastera negara.

“Saya dengan rendah hati menyeru kepada semua muslimin dan muslimah untuk sedekahkan pahala bacaan surah Al-Fatihah buat Allahyarham Pak Malim.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau, dihimpunkan bersama-sama mereka yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu Ahmad Faizal turut berharap agar keluarga Allahyarham tabah dalam menghadapi ujian berat itu.

Pak Malim pernah penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Award) pada tahun 2013 dan dinobatkan sebagai Sasterawan Perak pada 2014.

Selain itu beliau juga merupakan seorang pengarang prolifik yang menghasilkan karya dalam pelbagai genre.

Antara karyanya ialah novel Redang; Janji Paramaribo; kumpulan cerpen, Usia dan kumpulan puisi, Gemaruang.

Berkelulusan Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya, beliau juga pernah mengikuti program Fellowship Penulisan Kreatif di Virginia Center for Creative Arts, Amerika Syarikat dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");