Perak Hari Ini

Nafi Dakwaan Kerja-kerja Pembersihan Tanah Di Tambun Berkaitan Pengeluaran Bahan Mineral

IPOH: Kerajaan Perak menafikan dakwaan kerja-kerja pembersihan di sebuah tanah milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dekat Tambun, di sini sebagai tujuan pengeluaran bahan mineral.

Dakwaan tersebut dibuat wakil penduduk di Taman Panorama Tambun dan dilaporkan di sebuah akhbar tempatan sebelum ini

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata susulan dakwaan tersebut satu siasatan oleh MAIPk, pihak polis bersama-sama Pejabat Daerah dan Tanah telah dijalakan di kawasan tersebut pada 10 Jun.

Katanya hasil siasatan mendapati tiada sebarang aktiviti pengeluaran bahan mineral atau tanah merah yang dibawa keluar dari tapak seperti didakwa.

“Siasatan itu juga mendapati, hanya terdapat kerja-kerja awal pemasangan pagar di tanah wakaf yang diselenggarakan MAIPk.

“Pembinaan pagar ini dibuat bagi mengekang aktiviti pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Ini kerana, hasil pemantauan MAIPk pada penghujung 2019 didapati bahawa tanah tersebut telah diteroka dengan tanaman durian dan pokok buah-buahan tanpa kebenaran MAIPk,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya lagi, kerja-kerja pemasangan pagar itu hanya tertumpu di sempadan kawasan perumahan dan tidak melibatkan sempadan di kawasan kaki Gunung Panjang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");