Berita Hari Ini

189 Jemaah Tabligh Masih Terkandas Di India, Sebahagian Akan Dibawa Pulang Jumaat Ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 189 jemaah tabligh Malaysia dilaporkan masih terkandas di India.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, mereka adalah antara 191 rakyat Malaysia yang dikategorikan sebagai kritikal.

Menjelaskannya, beliau memberitahu, daripada jumlah itu, 157 jemaah berada di New Delhi, Chennai (23 jemaah) dan sembilan di Mumbai lapor Astro Awani.

“Ada antara mereka yang telah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman, sementara ada juga yang didakwa namun masih menunggu proses kehakiman.

“Rakyat Malaysia perlu faham bahawa mereka sememangnya bersalah kerana menyalahgunakan visa lawatan sosial,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Hishammuddin memberitahu, ketika ini, kementerian sedang menyelaras untuk membawa pulang 136 jemaah yang telah selesai melalui proses perundangan menerusi pesawat khas pada Jumaat ini.

Sementara baki 52 jemaah yang masih menjalani proses perundangan dengan seorang jemaah yang bebas daripada pertuduhan berada di Amravathi akan dibawa dalam masa terdekat.

Setakat ini katanya, seramai 23,955 rakyat Malaysia yang terkandas di 82 negara telah berjaya dibawa pulang ke tanah air.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, beliau memberitahu seramai 10,159 orang rakyat Malaysia yang berada di luar negara berada dalam senarai berpotensi untuk di bawa pulang oleh Wisma Putra.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 9,270 orang adalah pelajar yang sebahagian besar berada di tahun akhir pengajian mereka.

“COVID-19 ini masih jauh daripada berakhir lagi, jadi kita mesti kena ada perancangan proaktif sama ada pelajar kita yang berada di tahun terakhir yang perlu kembali dan kita mesti ambil maklum di mana mereka,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");