Membawang Hari Ini

Bintang Bollywood Aishwarya Rai dipindah ke wad Covid-19

Bintang Bollywood dan bekas Miss World Aishwarya Rai Bachchan dipindahkan ke sebuah hospital di Mumbai bersama anak perempuannya berusia 8 tahun, hampir seminggu selepas mereka disahkan positif Covid-19, menurut laporan media.

Suaminya yang juga pelakon Abhishek Bachchan dan bapa mentua Amitabh Bachchan sudah berada di hospital sama, individu berprofil tinggi yang dijangkiti Covid-19 di India yang kini mencatatkan lebih 1 juta kes akibat pendemik itu.

Aishwarya Bachchan, bekas ratu cantik yang kemudian menjadi pelakon terkenal India dan anak perempuannya, Aaradhya dijangkiti Covid-19 pada Ahad lalu.

Mereka berada dalam kuarantin rumah, tetapi akhbar Times of India melaporkan mereka dipindahkan ke Hospital Nanavati pada Jumaat selepas mengadu “sesak nafas”.

“Mereka baik-baik saja,” kata sumber hospital kepada agensi berita Press Trust of India.

Amitabh Bachchan, 77, dan anaknya Abhishek, 44, berada di wad pengasingan. Ketika dimasukkan ke hospital kes mereka diklasifikasikan sebagai “ringan”.

Tidak ada kemas kini mengenai kesihatannya, tetapi Amitabh sering menghantar mesej melalui Twitter.

“Pada saat bahagia, pada masa sakit, anda paling dekat dan menyayangi, peminat menyayangi kami tanpa henti,” katanya Jumaat.

Aishwarya Bachchan memenangi Miss World pada 1994 dan menjadi antara bintang paling terkenal di Bollywood, berkahwin dengan Abhishek Bachchan pada 2007.

Bachchan yang lebih dikenali sebagai “Big B”, memiliki karier lebih 4 dekad dalam industri perfileman.

Beliau terpilih sebagai “pelakon milenium” menerusi tinjauan dalam talian BBC pada 1999 dan menjadi pelakon India pertama diukir patung lilin di Muzium lilin Madame Tussauds, London.

Pihak berkuasa berkata, ibu kota kewangan dan filem India kini menyaksikan hampir 100,000 kes, dengan lebih 1,200 pesakit baru dilaporkan setiap hari dan lebih 5,582 kematian dicatatkan.

Dilaporkan 26,000 kematian dicatatkan di negara mempunyai 1.3 bilion penduduk itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");