Berita Hari Ini

COVID-19: Empat Kluster Baharu Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti empat kluster baharu hari ini melibatkan individu dalam siasatan (PUI) Pitakwa, PUI Shirala, Pusat Perubatan Kuching dan Jupiter, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Bernama melaporkan menurut Dr Noor Hisham pecahan kes indeks bagi keempat-empat kluster tersebut melibatkan dua warga tempatan dan dua bukan warganegara.

Katanya kes indeks kluster PUI Pitakwa merupakan seorang warga Malaysia (iaitu kes ke-8737) yang telah pulang ke tanah air dari negara Nigeria pada 11 Julai lepas dan saringan COVID-19 di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) didapati negatif.

Namun, tiga hari kemudian beliau perlu menjalani ujian ulangan COVID-19 kerana didapati mengalami gejala teruk dan dikesan positif serta dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu.

“Susulan itu, 44 kontak rapat telah dikenal pasti dan disaring terutama dalam kalangan ahli keluarga, penumpang dan kru kapal terbang, pemandu teksi serta rakan sekerja. Daripada jumlah tersebut dua dikesan positif (iaitu kes ke-8754 dan 8755), tiga negatif manakala selebihnya masih menunggu keputusan,” menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");