Perak Hari Ini

‘Pasar Karat Loken’ Akan Dibuka Semula Ahad Ini

IPOH: Pasar Karat Loken atau Memory Lane akan dibenarkan beroperasi semula pada 19 Julai atau Ahad ini selepas ianya ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Walau bagaimanapun, pembukaan semula perniagaan di situ hanya melibatkan Jalan Horley.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan memaklumkan perniagaan di Jalan Lim Boh Seng masih belum dibenarkan beroperasi.

“Pembukaan pada 19 Julai ini hanya melibatkan peniaga- peniaga yang mempunyai lesen bernombor ganjil.

“Bagi pelesen bernombor genap pula akan memulakan operasi pada minggu depan dan begitulah seterusnya berselang seli,” kata kenyataan itu, hari ini.

Dalam pada itu MBI memaklumkan aktiviti jualan makanan masih tidak dibenarkan sementara perniagaan di ‘Ladies Lane’ dibenarkan beroperasi bermula Ahad.

Katanya lagi MBI akan terus mengadakan pemantauan berkala di lokasi tersebut bagi memastikan semua pihak sama ada pengunjung dan peniaga dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Dalam kenyataan berasingan, MBI memaklumkan bermula hari ini kesemua pegawai dan kakitangan mereka digalakkan untuk membawa bekas makanan sendiri di Kantin MBI.

Katanya mana-mana harga pembelian makanan akan dikurangkan sebanyak 30 sen jika mereka membawa bekas makanan namun caj 20 sen akan dikenakan bagi pembelian makanan yang melibatkan bungkusan plastik.

“MBI kini dalam peringkat mempertingkatkan lagi kesedaran dalam kalangan anggota Majlis dengan melaksanakan kempen bawa bekas sendiri yang mana ianya adalah initiatif “Go-Green”, iaitu menangani isu pencemaran alam sekitar,” ujar kenyataan itu lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");