Berita Hari Ini

COVID-19: Jururawat Dijangkiti Ketika Rawat Warga Asing

PUTRAJAYA: Seorang jururawat di pusat perubatan swasta yang dilaporkan positif COVID-19 semalam, mendapat jangkitan ketika memberi rawatan kepada pesakit warga asing.

BH Online melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jururawat berkenaan tidak mengetahui pesakit yang dirawat itu positif COVID-19.

“Pesakit itu dikesan positif ketika saringan bergejala yang kita lakukan di Kuching, Sarawak dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut,” katanya dalam sidang media COVID-19, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, selepas jururawat terbabit mengetahui pesakit yang dirawat itu positif COVID-19, beliau mengambil inisiatif untuk melaksanakan saringan kesihatan.

“Jururawat itu terus menjalankan saringan kesihatan kerana menjadi kontak rapat serta terdedah kepada jangkitan.

“Apabila saringan COVID-19 dijalankan ke atas jururawat terbabit, kita dapati beliau turut positif virus berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");